Ahad, 25 November 2012

Bulan Hijrah dan Miladiah dalam Rumi dan Jawi

10 Muharam 1434H, Sa.
Kemas kini: 12 Muharam 1434H / 26 Nov 2012M, Is.


Tarikh-tarikh dalam kalendar Islam


10 Muharam -- hari Asyura




12 Rabiulawal -- Maulidur Rasul




27 Rejab -- Israk dan Mikraj




17 Ramadan -- Nuzul al-Quran




1 Syawal -- Hari Raya Puasa (Aidilfitri)




10 Zulhijah -- Hari Raya Haji (Korban, Aidiladha)




9 Zulhijah -- Hari wuquf




11, 12, 13 Zulhijah -- Hari tasyrik




Bulan-bulan Hijrah dalam Jawi:

Rujukan untuk nama-nama bulan dalam Jawi ialah Kalendar 2012 / 1433-1434 Hijrah dari Lembaga Zakat Selangor.


Muharam




Safar




Rabiulawal




Rabiulakhir




Jamadilawal




Jamadilakhir




Rejab




Syaaban




Ramadan




Syawal




Zulkaedah




Zulhijah




Bulan-bulan Gregory dalam Jawi:

Rujukan untuk nama-nama bulan dalam Jawi ialah takwim waktu solat Surau al-Hijrah, Pangsapuri KTMB, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur


Januari




Februari




Mac




April




Mei




Jun




Julai




Ogos




September




Oktober




November




Disember

Jumaat, 23 November 2012

Kalendar Jawi Miladiah & Hijrah: 2013M / 1434H-1435H

9 Muharam 1434H, Ju.

Kalendar

100% tulisan Jawi.

Takwim Miladiah & Hijrah: 2013M / 1434H-1435H (Jawi)



Fon

- KFGQPC Uthman Taha Naskh
- Jawi Uthman Taha



Rujukan

- Kalendar 2012M Lembaga Zakat Selangor

- Kalendar waktu solat Surau al-Hijrah, Pangsapuri KTMB, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur

- Tanzil Quran Navigator
http://tanzil.net

- AppEngine Rumi Jawi Transliterasi
http://rumi-to-jawi.appspot.com/page

- E-Jawi Transliteration: Jawi Script Learning Tool System: Transliteration Apps
http://www.ejawi.net/v3/index?e=converter


Rabu, 21 November 2012

Kalendar Miladiah & Hijrah: 2013M / 1434H-1435H

7 Zulkaedah 1434H / 21 Nov 2012M, Ra.
Kemas kini: 12 Muharam 1434H / 26 Nov 2012M, Is. 9 Muharam 1434H / 23 Nov 2012M, Ju.


Kalendar
Takwim Miladiah & Hijrah: 2013M / 1434H-1435H



Fon

Teks rumi:
- Liberation Serif

Teks Jawi:
- KFGQPC Uthmanic Script HAFS
- Jawi Uthman Taha



Pembaharuan

- menandakan hari Asyura
- menandakan hari wuquf di Arafah
- menandakan hari-hari tasyrik
- memperkenalkan huruf-huruf Jawi dalam bentuk tunggal



Rujukan



Kalendar

Dari laman web e-Falak:
http://apps.islam.gov.my/efalak/
cari pautan e-Takwim.

Atau terus sahaja ke Takwim - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):
http://www.islam.gov.my/e-falak/takwim



Huruf-huruf Jawi

- Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) @ DBP
http://prpm.dbp.gov.my/

- Tulisan Jawi - Wikipedia Bahasa Melayu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi

Ahad, 4 November 2012

I shoot and capture...

19 Zulkaedah 1433H, Ah.

I shoot and capture... Photos!

Pic 1 - [DSC05147] "Shot" and "Captured" You!
http://www.flickr.com/photos/gulaley/8153173522/

Isnin, 22 Oktober 2012

How to pronounce the name Ishak / Ishaq

Dikemaskini: 19 Zulkaedah 1433H / 4 Nov 2012M, Ah.
8 Zulkaedah 1433H / 24 Okt 2012M, Ra.

7 Zulkaedah 1433H, Sel.

The name Ishaq ( إِسْحَاقَ ) or Ishak is pronounced Is.haq, and not E.shak (E.shak as in solat Isyak).



You can look it up here...
http://tanzil.net/#search/root/اسحاق
Note that you'll need to be able to read Arabic.

By the way, the name Ishaq is the name of one of the 25 prophets mentioned in the Noble Quran.



Try listening the nasyid 25 Rasul by Raihan, around minute 0:46 here:
http://youtu.be/52TPt4HaqiY


Jumaat, 19 Oktober 2012

Every photo...

3 Zulkaedah 1433H, Ju.

Every photo has its own admirers.


Pic 1 - [DSC_4160] Apa? Nak tengok kukuku? Okey!
http://www.flickr.com/photos/gulaley/8100267610/

Sabtu, 18 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Dikemaskini: 31 Ogos 2012M / 13 Syawal 1433H, Jumaat.

29 Ramadan 1433H, Sa.

  تَقَبَّلَ اللَّـهُ مِنَّا وَمِنۡكُمۡ  

"Taqabbalallahu minna wa minkum"

Ertinya: Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Rujukan: Zaharuddin.net > Hari Raya Idilfitri: Yang Perlu & Yang Jangan Dilakukan



Bahasa Melayu -- Tulisan Jawi

  سلامت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير دان باطين  


Gambar 1 - Tulisan Jawi.



Bahasa Melayu -- Tulisan Rumi

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Aidilfitri

= hari raya ~
hari besar bagi umat Islam yg dirayakan pd 1 Syawal setiap tahun Hijrah (setelah berakhir puasa selama sebulan), hari raya puasa.

Sumber: Aidilfitri -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Gambar 2 - Tulisan Rumi.



Mandarin

开斋节快乐
kāi zhāi jié kuài lè

Gambar 3 - Mandarin.

Khamis, 26 Julai 2012

[Peribahasa Melayu] Kerana mulut badan binasa

6 Ramadan 1433H, Kh.

Gambar 1 -


Kerana mulut badan binasa.

Takrif: Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Ahai tu apa?
ahai
sr
kata utk menarik perhatian:

saya tak senang kalau tak lalu di muka rumah sau­dari, ~!

Sumber: ahai -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Ahad, 1 Julai 2012

[Peribahasa Melayu] Anak kucing menjadi harimau

11 Syaaban 1433H, Ah.

Gambar 1 -


Anak kucing menjadi harimau.

Takrif: Orang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Mengiau tu apa?
mengiau
(bkn kucing) berbunyi iau, mengeong:

dr tadi lagi, kucing itu ~, lapar agaknya.

Sumber: mengiau -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu


Mengaum tu apa?
mengaum
berbunyi menderam (bkn hari­mau, singa):

kambing mengembek, harimau ~;

Sumber: mengaum -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Jumaat, 29 Jun 2012

Khamis, 28 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper

8 Syaaban 1433H, Kh.

Gambar 1 -


Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper.

Takrif: Kerana sayang pada seorang saja, disia-siakan keluarga yang banyak.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Seceper tu apa?

ceper (cépér)

1. (bkn dulang, piring, dll) tidak mungkum, leper;

2. sj perkakas spt dulang (piring) biasanya drpd logam;

~ penyejat
radas makmal yg berbentuk mang­kuk dan digunakan utk menyejatkan cecair;

~ Petri
radas makmal yg bulat leper dan tohor, lazimnya utk membiakkan mikroorganisma; berceper memakai (beralaskan) ceper.

Sumber: ceper -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Bahasa Melayu

Rabu, 27 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan

7 Syaaban 1433H, Ra.

Gambar 1 -


Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.

Takrif: Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Selasa, 26 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Berunding dengan tunggul

Dikemaskini: 8 Syaaban 1433H / 27 Jun 2012M, Kh.

5 Syaaban 1433H, Is.

Gambar 1 -


Berunding dengan tunggul (= tungkahan).

Takrif: Memberi nasihat kepada orang yang hanya diam saja.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Tungkahan tu apa?

tungkahan
Mn
kayu tempat duduk, kayu penyangga, landasan;

bagai rupa ~
prb muka orang yg sangat buruk;

berunding dgn ~
prb perihal menanyai atau menasihati orang yg hanya mendiamkan diri sahaja (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan).

Sumber: tungkahan -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Isnin, 25 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

4 Syaaban 1433H, Ah.

Gambar 1 -


Di mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung.

Takrif: Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Ahad, 24 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang

3 Syaaban 1433H, Sa.

Gambar 1 -


Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.

Takrif: Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Sabtu, 23 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Umpama burung, tumpang beramai dengan kawan yang banyak

2 Syaaban 1433H, Ju.

Gambar 1 -


Umpama burung, tumpang beramai dengan kawan yang banyak.

Takrif: Orang dagang yang mencari hiburan di negeri asing.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Jumaat, 22 Jun 2012

Khamis, 21 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Bau malaikat terhempas

1 Syaaban 1433H, Kh.

Gambar 1 -


Bau malaikat terhempas.

Takrif: Harum sekali, terutama tentang perempuan muda yang memakai wangi-wangian.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Khamis, 14 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat

25 Rejab 1433H, Ju.

Gambar 1 -


Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat.

Takrif: Untuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya selamat maka hendaklah berunding dulu.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Pembuluh tu apa?

pembuluh

1. buluh-buluh;

2. = ~ darah
saluran darah;

~ agung
saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava;

~ labuhan hati
saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati;

~ paru-paru
saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari.

Sumber: Pembuluh, Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Bahasa Melayu

Selasa, 15 Mei 2012

Sedia payung sebelum hujan. Sedia amalan sebelum mati.

Updated: 16 Rejab 1433H / 6 Jun 2012M, Ra.
7 Rejab 1433H / 28 Mei 2012M, Isn.

23 Jamadilakhir 1433H, Se.



Sedia payung (= berpayung) sebelum hujan.

Takrif:
Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


"Sedia payung sebelum hujan" is a Malay proverb which translate as "Prepare umbrella before rain". It means "vigilance before calamity".


My late grandfather said (when he was threatened), as narrated by my uncle:
I die only once, and it is not decided by you (referring to the person who threatened him).

And he wasn't joking.
English translation of Sura al-Baqara, verse 28 by Abdullah Yusuf Ali:
How can ye reject the faith in Allah?- seeing that ye were without life, and He gave you life; then will He cause you to die, and will again bring you to life; and again to Him will ye return. (28)

Terjemahan Bahasa Melayu bagi Surah al-Baqarah, ayat 28:
Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). (28)


Some might ask:
Is smoking Haram?
--Yes.

Is it (smoking) written in the Quran?
--Directly: No. Indirectly: Yes.

English translation of Sura al-Baqara, verse 195 by Abdullah Yusuf Ali:
And spend of your substance in the cause of Allah, and make not your own hands contribute to (your) destruction; but do good; for Allah loveth those who do good. (195)

Terjemahan Bahasa Melayu bagi Surah al-Baqarah, ayat 195:
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (195)

So who ruled smoking Haram?
--Fatwa.

Where's the fatwa?
-- From Malaysia (one of the countries that have ruled the fatwa):
"The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful."
Merokok Dari Pandangan Islam



Listen to the detailed explanation by Brother Abu Mussab Wajdi Akkari on how and why smoking is haram, here:


Rabu, 2 Mei 2012

Asma ul-Husna: Text and background color combination

10 Jamadilakhir 1433H, Ra.

Need the best color combination before i re-do and complete the list of 99 names. See the post, here: Asma ul-Husna [1-10].

Am not color-blind... probably just color-insensitive. Thus need help picking the color combo. Pay attention to the combination of font color and background color. The poll is at the end of the post. Can pick multiple, so pick the one(s) you like. The pic with the most votes will be used for the list.

The picture captions are the Arabic text (numerator) and background (denominator) color codes in HTML notation.

"Thank you" in advance.

Pic 1 - 000000 (text) / b1eae3 (background).


Pic 2 - 000000 / c3fff9.


Pic 3 - ebfc24 / 007114.


Pic 4 - ffffff / 490262.


Pic 5 - ebfc24 / a433c0.


Pic 6 - 000000 / eeeeee.


Pic 7 - ebfc24 / ea0e43.


Asma ul-Husna: Text Color & Background Color Combination Poll


Got other color combinations to suggest? Write in comments.

"Poll in Blogger post" was created as taught here: How to add Poll to Blogger Post?

To check color combination compatibility, go here: Colour Contrast Check

Ahad, 15 April 2012

Jumaat, 13 April 2012

[Pantun] Ombak dan Badai

Kemaskini: 27 Jamadilawal 1433H / 18 Apr 2012M, Ra.

21 Jamadilawal 1433H, Ju.

Pic 1 - Teluk Kemang, Tanjung Tin, Negeri Sembilan Darul Khusus.


Rumi (رومي) script:
Pantai ditembak, gambar disidai,
Mata diredup mencari erti;
Dilambung ombak, ditibai badai,
Rencah si hidup sebelum mati.


Jawi (جاوي) script:
،ڤنتاي دتيمبق، ݢامبر دسيداي
مات دردوڤ منچاري ارتي؛
،دلامبوڠ اومبق، دتيباي باداي
.رنچه سي هيدوڤ سبلوم ماتي

Selasa, 3 April 2012

[Pantun] Tidur dan Mati

11 Jamadilawal 1433H, Sel.

Pic 1 -


Rumi:
Tidur dan Mati itu saudara,
Memejam mata sampai terlena;
Disoal hati difikir cara:
"Apa cerita bekalan sana?"


Jawi:
،تيدور دان ماتي ايت ساودارا
ممجم مات سمڤاي ترلينا؛
:دسوٴال هاتي دفيکير چارا
"اڤ چريتا بکلن سان؟"

Khamis, 22 Mac 2012

[Pantun] Kucing di tangga

29 Rabiulakhir 1433H, Kh.

Pic 1 - Gegirl di tangga.


Pantun, in Rumi (رومي) script:
Tersenyum lebar, nafas dijaga,
Pengatup* pejam, hati gembira;
Menangkap gambar kucing di tangga,
Merenung tajam pada kamera.
* pengatup -- shutter



Elongating the pantun...
Tersenyum lebar, nafas dijaga,
Nafas dijaga, pengatup pejam,
Pengatup pejam, hati gembira,
Hati gembira menangkap gambar,
Menangkap gambar kucing di tangga,
Kucing di tangga merenung tajam,
Merenung tajam pada kamera,
Pada kamera tersenyum lebar.


Pantun, in Jawi (جاوي) script:
،ترسڽوم ليبر، نفس دجاݢا
ڤڠاتوڤ ڤجم، هاتي ݢمبيرا؛
،منڠکڤ ݢامبر کوچيڠ دتڠݢ
.مرنوڠ تاجم ڤد کاميرا

Rabu, 21 Mac 2012

Melepaskan batok & Harapkan pegar

28 Rabiulakhir 1433H, Ra.

Siapa sangka dalam kuliah agama boleh belajar pasal asal-usul peribahasa :)

Peribahasa yang disenaraikan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka ialah:
Bagai melepaskan batuk di tangga.
Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=melepaskan+batuk&d=11

Pagar makan padi (= tanaman).
Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pagar+padi&d=11




Melepaskan batok

Minit 8:38
Melepaskan batok di tangga.


Minit 8:57
"Batok" tu tempurung kelapa yang diguna untuk cedok air dari dalam tempayan tepi tangga buat basuh kaki sebelum masuk rumah.


Maksud "batok" berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat:
batok (Jw)
1. tempurung;
2. Id sukatan beras (lebih kurang satu kal); ~ kepala tengkorak.
Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=batok


Harapkan pegar

Minit 9:54 / 10:26 / 10:44
Harapkan pegar, pegar makan padi.


Minit 10:22
"Pegar" tu sejenis burung yang diharapkan memakan serangga perosak padi.


Maksud "pegar" berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat:
pegar
    sj burung, burung tatera, Lophura ignita rufa.
Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pegar